Gangguan sistem operator untuk panggilan keluar dan masuk USM (12/10/2011)

Kepada semua pengguna talian telefon USM Kampus Kejuruteraan,

Dukacita dimaklumkan talian operator dan talian ext yang boleh membuat panggilan keluar USM(PRI line) mengalami masalah dimana pengguna tidak dapat membuat panggilan masuk serta keluar USM samada melalui operator ataupun melalui talian ext. Masalah ini telah dimaklumkan kepada pihak TM dan pihak TM sedang mengenalpasti masalah berkenaan. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak.  

Segala kesulitan amatlah dikesali. Sekian terima kasih.

 
Bahagian Infostruktur
PPKT Kampus Kejuruteraan
Universiti Sains Malaysia

*Masalah telah diselesaikan oleh pihak TM pada 12 Okt 2011 jam 11.00 am

 
Gangguan sistem PABX/telefon untuk talian terus(direct line) 11/10/2011

Kepada semua pengguna talian telefon USM Kampus Kejuruteraan,

Talian Telefon Direct Line(talian terus) mengalami masalah pada 11 Oktober 2011. Pihak PPKT telah mengenalpasti masalah tersebut dan telah menghubungi pihak Telekom Malaysia (TM) agar mengenalpasti punca masalah sebenar. Pihak TM telah mengenalpasti punca sebenar berpunca dari backbone talian TM dari Nibong Tebal ke USM terputus disebabkan kerja-kerja menyiapkan landasan keretapi berkembar. Sehubungan dengan itu, kesemua pengguna talian terus dan talian fax berkemungkinan menghadapi masalah sehingga dimaklumkan kelak.  

Segala kesulitan amatlah dikesali. Sekian terima kasih.

 
Bahagian Infostruktur
PPKT Kampus Kejuruteraan
Universiti Sains Malaysia

*Talian terus(direct line) pengguna USM telah pulih pada 12 Oktober 2011

 
Masalah Capaian Internet Blok SH1

Kepada semua pengguna Blok SH1,

Capaian Talian Internet di blok SH1 mengalami masalah pada port(face-plate) disetiap bilik. Masalah berlaku kerana sambungan faceplate yang salah dilakukan oleh kontraktor yang mengubahsuai bangunan tersebut. Pihak PPKT tidak terlibat didalam aktiviti mengubahsuai bangunan berkenaan. PPKT telah berhubung dengan Jabatan Pembangunan untuk memanggil kembali kontraktor berkenaan. Setakat ini PPKT tidak akan menyelesaikan masalah berkenaan kerana kontraktor berjanji menyelesaikan masalah dalam masa terdekat.

Segala kesulitan amatlah dikesali.


To all block SH1 user,

The whole block SH1 got problem with the port(faceplate) each room because the contractor that renovate all your room has install the faceplate in wrong way. PPKT was not involved in renovation process. PPKT has communicate with Development Department for asking the contractor to resolve the problem as soon as possible. From now, PPKT has stop to troubleshot all the problem because the contractor promise to solve the problem soon.  

Sorry for any inconvenience caused.

Bahagian Infostruktur
PPKT Kampus Kejuruteraan
Universiti Sains Malaysia

 

*Tarikh terakhir untuk kontraktor dipanggil untuk melihat permasalahan ini ialah dari 17- 24 OKT 2011(sumber dari Jabatan Pembangunan), sekiranya kontraktor enggan hadir pihak PPKT terpaksa melakukan kerja-kerja penyelenggaraan tersebut bagi memastikan penghuni SH1 mendapat perkhidmatan sewajarnya.

 
Notis gangguan talian Internet (TMNet) serta talian Intercampus (Jaring) pada 19 Jun 2011 (Ahad)

Kepada semua pengguna USMNet,

Talian Internet Metro-E 100Mbps TM dan talian antarakampus 34Mbps Jaring akan mengalami gangguan teknikal pada 19 Jun 2011 mulai jam 9.00 pagi sehingga 2.00 petang. Masalah disebabkan Jabatan pembangunan akan menutup sementara bekalan elektrik ke PPKT bagi tujuan penyelenggaraan. Notis gangguan bekalan elektrik di PPKT telah dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan tempohari. Sila rujuk kandungan email dibawah.

Segala kesulitan amatlah dikesali.


To all USMNet user,

TM's Metro-E 100Mbps internet line and Jaring's intercampus line will be facing a technical problem on 19th June 2011 since 9:00am until 2.00pm. The problem occur because Development Department will shut down the electricity supply at PPKT based on their Notice below.

Sorry for any inconvenience caused.


Bahagian Infostruktur
PPKT Kampus Kejuruteraan
Universiti Sains Malaysia

 

Read more...
 
Gangguan sistem PABX 23 Mei 2011

Kepada semua pengguna talian telefon USM di:  

  • PPK Elektrik & Elektronik
  •  PPK Mekanik
  • PPK Aeroangkasa
  • Pusat Islam
  • REDAC
  • Pusat Bahasa
  • Kompleks Sukan
  •  Rumah Penggawa

Talian telefon PABX sedang  mengalami masalah untuk membuat panggilan keluar dan masuk di kawasan anda.

 

* Masalah Talian telah pulih seperti biasa pada 25 Mei 2011. Perhatian kepada semua pengguna talian telefon tidak perlu lagi menggunakan penyelesaian sementara yang dinyatakan dibawah.

Read more...
 
Notis Gangguan Capaian Internet di Desasiswa Lembaran Blok 2 Aras 1

Berhubung masalah rangkaian di Desasiwa Lembaran Blok 2 Aras 1 semenjak hari Sabtu (09/04/2011) sehingga kini. Pihak PPKT telah dimaklumkan berkenaan masalah terbabit dan kami telah cuba mengenalpasti masalah pada hari Isnin(11/04/2011) yang berpunca daripada masalah access switch di aras berkenaan (rosak). Perkara ini terjadi berpunca daripada penyambungan cable internet secara tidak sah (looping cable) oleh penghuni Blok 2 Aras 1 mengakibatkan access switch berkenaan berada dalam keadaan tidak stabil dan akhirnya rosak. Pihak PPKT memandang serius masalah terbabit dan akan mengambil tindakan seberapa segera dengan akan membuat pertukaran access switch yang baru. Diharap para penghuni Blok 2 Aras 1 dapat bersabar diatas kesulitan yang dihadapi kerana pertukaran ini mengambil sedikit masa. Harap maklum.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.

 *Capaian rangkaian Blok 2 Aras 1 telah kembali pulih pada 13 April 2011 (11 pagi)

 
Notis Gangguan Capaian Ke Beberapa Website Melalui Talian Metro-E (TM) - 28 March 2011

Kepada semua pengguna USMNet,

Talian Internet Metro-E(TMNet) mengalami masalah untuk mengakses beberapa website tertentu terutama untuk tujuan pembelajaran(website universiti antarabangsa). Masalah telah dikenalpasti oleh pihak PPKT dan didapati masalah ini disebabkan oleh pihak ISP sendiri iaitu Telekom Malaysia (TMNet). Masalah ini juga terjadi di Kampus Induk dan Kampus Kesihatan yang menggunakan talian TMNet. Aduan kepada pihak TM telah dilakukan dan pihak PPKT masih menunggu tindakan dan laporan oleh Pihak TMNet dalam menangani masalah ini.

Segala kesulitan amatlah dikesali.
 

To all USMNet user,

TM's Metro-E line was having problem to access certain website especially for education purpose(international universiti). PPKT was indentify the problem come from Internet Service Provider(ISP) which is Telekom Malaysia(TMNet).This problem also happen to the Main Campus and Healthy Campus which are using TMNet's lines. TMnet has been informed and TMnet will take action ASAP. PPKT still waiting action and report from TMNet according this problem.

Sorry for any inconvenience caused.

 

* Masalah ini telah diselesaikan oleh Pihak Myren (Malaysian Research Network) sebentar tadi dengan mengubah konfigurasi routing (31 March 2011). Sekiranya ada sebarang masalah untu melayari laman-laman berkenaan sila maklumkan kepada kami segera (ext: 2003) . 

 

 

Read more...